PUISI : TENTANG KESEDIHAN
Aku yang hilang. Kadang dunia terasa sulit untuk ku hadap. Semua terasa sukar. Kehilangan demi kehilangan. Aku takut untuk bahagia. Bahagia aku, pernah diambil tanpa pesan. Apa aku punya dosa yang banyak? Apa ini adalah bayaran untuk dosa ku? "Allahumma inni audzubika minal hammi wal hazan". Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung kepadamu dari kebingungan dan kesedihan.
Aku yang hilang. Kadang aku cemburu. Bagaimana mereka boleh melupakan? Atau sakit itu tidak sedalam yang aku rasa? Atau mereka bijak menyembunyikan? Oh Tuhan, hanya Kau yang tahu.Tuhanku yang Maha Bijaksana, ampunkan hambamu yang lemah ini. Ampunkan aku jika aku lebih merungut dari mencari punca. "Allahumma inni audzubika minal hammi wal hazan". Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung kepadamu dari kebingungan dan kesedihan.
Aku yang hilang. Kadang aku mahu pergi. Aku mahu mencari yang aku hilang di negeri abadi.Mungkin rinduku kan hilang. Mungkin salahku kan terampun. Aku menanti waktu ku berhenti. Takut? Tiada manusia yang tidak takut akan waktu itu. Aku, tidak terkecuali. Hati yang mati kadang membuang rasa. "Allahumma inni audzubika minal hammi wal hazan". Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung kepadamu dari kebingungan dan kesedihan.
Ratna Atma
24/Feb/2024
Malam Nisfu Sya'ban
"Ya Allah Ya Tuhanku, hapuskan lah namaku, nama ahli keluargaku dari senarai penghuni ahli neraka dan Kau masukkan lah nama kami di dalam senarai penghuni ahli syurgamu. Amin YRA."
Comments
Post a Comment